Sabda Rasulullah S.A.W:
Apabila kamu melihat kemungkaran, maka cegahlahnya dengan dengan tangan (kuasa), jika kamu tidak berdaya, maka cegahlahnya pula dengan lidah, jikalau itu juga kamu tidak berdaya, maka cegahlahnya dengan hati, dah demikian itulah selemah-lemah iman.
Sabda Rasulullah S.A.W: Seorang yang beriman itu adalah cermin bagi saudaranya.
Jika dilihat sifat-sifat cermin , masyaALLAH, memang mendalam sungguh hadis rasulullah. Antara sifat-sifat cermin ialah;
1. Senyap, cermin hanya akan memberi reflection tanpa berkata apa-apa. Begitulah juga kita, untuk menegur, perlulah menegur secara hikmah, baik bukannya dengan cara memaki hamun, mengata, mengumpat dan sebagainya.
2. Selepas cermin itu memberi reflectionnya, jika kita tinggalkan cermin tersebut, keburukan yang terserlah, hanya diberitahu semasa kita berhadapan dengan cermin. Cermin tidak akan meninggalkan kesan-kesan yang buruk selepas kita beredar dari cermin tersebut. Begitulah juga dengan kita, setelah memberi teguran kepada saudara kita, haruslah kita melupakan terus keburukan mereka. Biarkan ia berlalu.
3. Cermin akan memberi reflectionnya sepanjang masa, tidak kiralah bila-bila masa kita ke cermin tersebut, pasti cermin tersebut akan menjalankan tugasnya. Dari jam 12 tengahmalam hinggalah ke tengahari. 24 jam. Begitulah juga orang beriman akan melakukan tugasnya untuk mencegah kemungkaran 24 jam sehari semalam.
4. Cermin bukan sahaja memberikan reflection yang buruk, ia juga memberikan gambaran kecantikan kepada sesiapa yang berada dihadapannya. Maka begitulah juga umat islam, kita mestilah melahirkan rasa kagum dan bersyukur jika ada dikalangan saudara kita yang melakukan perkara baik.
5. Jika kita memecahkan cermin, serpihan-serpihan cermin itu masih ,memberikan reflectionnya kepada kita. Begitulah juga orang beriman, biarpun dimaki hamun, dizalimi, tetapi tetap juga akan memberikan sumbangan untuk mencegah kemungkaran selagi mana ianya benar.
0 comments:
Post a Comment