Monday 8 March 2010

Pesanan Rasulullah saw. buat para pemuda Islam

Pembinaan dakwah Rasulullah s.a.w terhadap pemuda dan menyediakan diri mereka untuk
mengharungi kehidupan.

Kepada kamu wahai pemuda-, saya kemukakan beberapa pesanan Rasulullah s.a.w mengenai persediaan ini agar kamu mengetahui bagaimana cara pembinaan yang dilakukan.

Di dalam menyediakan pemuda supaya mentaati Allah, mengabdikan diri kepadaNya dan menjauhi segala perkara yang dilarang... Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

”Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di hari yang tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya..... pemuda yang hidup di dalam keadaan memperhambakan diri kepada Allah.”

Di dalam menyeru pemuda supaya mengambil segala kesempatan untuk membentuk peribadi mereka samada dari sudut rohani, jiwa, jasmani, mental dan akhlak... baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim yang maksudnya:

”Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum miskinmu.”

Di dalam memelihara jiwa pemuda daripada terpesong, terseleweng dan menjaga kesuciannya dengan berkahwin seperti yang telah di syariatkan oleh Allah kepada umat Islam... Baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jamaah yang bermaksud:

”Wahai para pemuda, sesiapa dari kalangan kamu yang mampu untuk berkahwin, hendaklah dia berkahwin kerana ia dapat menjaga pandangan dan memelihara kemaluan.”

Di dalam memuhasabah tanggungjawab pemuda di hadapan Allah s.w.t di akhirat kelak... baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi:

“Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.”

Di dalam istiqamah pemuda di atas manhaj Islam dan berterusan di dalam ketaqwaan kepada Allah... baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Ya’la:

“Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda (untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).”

Di dalam wasiat Rasulullah s.a.w kepada Umat Islam supaya menjaga pemuda dan menjelaskan tentang kelebihan mereka berbanding dengan orang-orang tua... baginda s.a.w bersabda:

“Aku berpesan kepada kamu supaya berbuat baik kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutus aku membawa agama Hanafiah lalu para pemuda bergabung dengan aku dan orang-orang tua menentang aku.”
..::TINTA MUJADID::..

Read More..

Tuesday 5 January 2010

MIMPI SEORANG GADIS

Untuk Renungan Bersama......Bismillahirrahmani rrahim

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil.

Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah....Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"


Ulasan:



- teringat satu hadis nabi, "terputus semua amalan anak adam melainkan 3 perkara : doa anak soleh, ilmu yang dimanafaatkan dan sedekah jariah.."



- kisah yang menyedarkan kita bahawa walaupun kita atau orang yang terdekat kita meninggalkan dunia ini, kita tetap boleh membantu dengan amal2 yang disebutkan dalam hadis nabi.



- semoga amalan kita yang kita sedekahkan itu akan menjadi suatu amalan yang diterima Allah.

..::TINTA MUJADID::..

Read More..

Tuesday 17 November 2009

Orang bukan Islam tanya mana masjid?

Di persidangan dewan rakyat semalam berlaku beberapa kekecuhan, antaranya termasuklah pekara yang di bangkitkan oleh Woo Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) yang mendesak menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dapat menerangkan secara jelas bagaimana sebidang tanah yang di jadualkan untuk membina masjid boleh bertukar menjadi projek kondominium dan pusat belibelah.

Tanah yang di peruntukan untuk membina sebuah masjid itu di kawasan Sri
Hartamas. Tanah yang di gazetkan itu didalam plan draft bandaraya Kuala Lumpur
2020. Ahli parlimen Wangsa Maju itu berkata “kami menyokong pembinaan masjid
itu, tetapi kami tak dapat menerima bagaimana projek pembinaan masjid boleh
bertukar menjadi projek pangsapuri”.



Datu Raja Nong Cik selaku menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan
Bandar pula menjelaskan yang tanah itu adalah milik Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan. Yang mana berkata “projek pembinaan masjid itu pihak JAWI (Jabatan
Majlis Agama W.Persekutuan) telah membuat keputusan untuk membina nya di tempat
lain. Raja Nong tidak menyatakan dengan jelas dan dimana masjid itu akan di
bina, Woo Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) tidak puas hati dan bangkit semula.

Kata Woo Choo Keong lagi “Yang Berhormat Menteri, sekarang masjid itu di bina
dimana? Saya tak Nampak pun masjid baru di Sri Hartamas ini?” Raja Nong Cik agak
`kaget’ hanya berkata ringkas “pekara yang membabitkan agama lebih tepat dijawab
oleh menteri Agama sendiriyang lebih arif”, ia itu menteri di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Jamil Khir Bahrom.

Dewan gamat beberapa minit, seorang yang bukan Islam pula mempertikaikan
kewujudan masjid yang tak wujud dan dibahaskan bersama wakil kerajaan. -
adiptasi Bernama/m/cahaya


Bagaimana hal ini boleh terjadi?

Apabila saya mengamati berita ini, sememangnya mengejutkan. Dari masjid ke Pangsapuri dan pusat membeli belah, sehinggalah seorang islam menjadi kelu apabila ditanya kemana masjid tersebut.

TETAPI
apa yang saya tahu, masjid banyak tapi tiada orang mengimarahnya. ini kes lagi parah.Apa fungsi masjid? adakah hanya untuk solat sahaja? bagaimana dengan masjlis ilmu, ceramah-ceramah. Ini yang sepatutnya pihak bertanggungjawab perlu menekankan. Bukan membiarkan masjid kosong sahaja selepas solat. Ini belum dikira dengan solat subuh. Saya teringat kata-kata dari seorang Yahudi zionis mengatakan:

"pada waktu ini kami boleh mengalahkan mereka kerana solat subuh mereka bukan seperti solat jumaat tetapi sekiranya solat subuh berjemaah mereka seperti solat jumaat nescaya pada waktu itu, akan bangkitlah islam seluruh dunia dan pada waktu itu, tiada lagi kuasa untuk mengalahkan mereka"

bagaimana pembaca sekalian, tidakkah terasa bahawa kita perlu mengimarahkan kembali masjid. Bukan bina luaran yang sememangnya cantik, tapi binalah juga jemaah supaya mempunyai akhlak yang cantik.





..::TINTA MUJADID::..

Read More..

Sunday 8 November 2009

Jom Bertawakkal!!



Semakin hari makin ramai yang demam. Tapi demam apa yang tengah merebak ini..ooo...rupa-rupanya demam peperiksaan. Itu pasallah ramai yang demam tapi demam ini memang unik kerana memang akan demam 2 minggu je..lepas 2 minggu insyaAllah memang semua sembuhlah...hehehe..

Agak menarik demam ini juga, makin terasa nak demam, makin dekat dan ringan pula nak pergi masjid...hebatkan...tapi tak mengapa, mereka dah berusaha dan sememangnya kena letak kepercayaan yang penuh atau orang panggil tawakkal kepada Allah. yelah macam mana tidak letak kepercayaan penuh, kalau dah habis usaha, tapi tak nak bagi juga nak buat macam manakan. Jadi, banyyakkan usaha, sambil usaha berdoalah, kuatkan solat fardhu berjemaah, qiamullail dan ibadat yang mendekatkan dengan Allah.

Saya sendiri pun tengah demam sebagaimana demamnya rakan-rakan saya, apa-apapun Usaha & Tawakkal adalah keutamaan..

Kepada sahabat yang akan memulakan perjuangan esok...Selamat Berjaya. Moga-moga Allah perkenankan doa kita semua.

Doakan juga saya berjaya...




..::TINTA MUJADID::..

Read More..

Sunday 1 November 2009

Munajat seorang hamba

Wahai tuhan yang Maha Mendengar
hambaMu ingin berbicara dengan suara yang paling halus
kerana malu untuk mengaku dosa




Wahai tuhan yang menyempitkan kehidupan ahli fasik
hambaMu tidak mampu untuk menahan seksa terhimpit
dilembah kehinaan ini

<>Wahai tuhan yang Maha Melihat
<>ketika malam yang gelap gelita
hambaMu memohon keampunan
atas dosa terlihat olehMu
ketika terangnya siang atau tiada cahaya



Wahai tuhan yang tidak pernah menzalimi semua ciptaannya
hambaMu sujud insaf
setelah dihancurkan hidup
dengan balasan derita
natijah kealpaan dan keangkuhan



Wahai tuhan yang menunjukkan jalan lurus kepada orang terpilih
tunjukkanlah aku jalan itu
untukku jejaki langkah mereka

Wahai tuhan yang memberi kemudahan selepas kesulitan
bantulah aku mengenalMu

Wahai tuhan yang menghidupkan dan mematikan segala yang bernyawa
hambaMu ingin pulang ke pelukan redhaMu






..::TINTA MUJADID::..

Read More..

Tuesday 27 October 2009

Keindahan Ukhwah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah bertemu kembali ye, walaupun beberapa lama tidak dikemaskinikan. hehe..

Hadis Anas bin Malik r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda:
Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau baginda bersabda: Sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.
HR. Muslim





MANISNYA UKHWAH BERSAMA ANDA

Didalam beberapa minggu ini, saya amat bersyukur dan beruntung ke hadrat Allah kerana didalam waktu tersebut, saya merasai kenikmatan atau kemanisan ukhwah dikalangan sahabat-sahabat. Bermula program berhari raya sehinggalah perkelahan yang cukup menarik. Dengan kepelbagaian karenah dan perangai para sahabat telah mengamit perasaan saya.



Saya teringat ada satu hadis mengatakan bahawa nikwat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dan setinggi-tingginya adalah mengasihi sahabat melebihi dirinya. Betullah apa yang diperkatakan Rasullah tersebut, kerana saya sendiri merasai apa itu nikmatnya apabila kita berlapang dada dengan sahabat-sahabat kita.

Kepada sahabat-sahabat sekalian, terima kasihlah diatas ukhwah kalian, kerana ukhwah kalianlah saya masih lagi dapat bersama kalian didalam menyebarkan agama Allah ini. Moga-moga ukhwah ini berkekalan hingga ke Syurga.

Sesungguhnya ikatan persaudaraan itu cukup indah. Ia mengajar manusia tentang kasih sayang antara sesama insan. Kita saling berkasih sayang kerana Allah Taala.





..::TINTA MUJADID::..

Read More..

Wednesday 14 October 2009

under construction


Assalamualaikum semua...

Saya Memohon maaf pada tetamu sekalian kerana sekarang ini under construction.


under construction


..::TINTA MUJADID::..

Read More..