Wednesday 8 July 2009

Sepetang bersama raja buah

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini..

Bagaimana anda hari ini? sihat? sakit? demam? atau sebagainya. Apa-apa pun ingatlah pada Allah..mungkin sedikit ujian kepada kita...kita kena sentiasa tawakkal kepadaNya tetapi walaupun kita tawakkal kita kena berusaha juga untuk mengatasi musibah itu..

mmm... sebenarnya ingin posting seminggu setelah berada di Universiti ini...tetapi hari ini ada perkara yang ingin dikongsi bersama..hehehe...

Alhamdulillah, saya amat bersyukur pada petang tadi kerana saya amat kenyang dengan rezeki yang Allah bagi..Saya menerima jemputan dari beberapa rakan untuk pergi ke lepar dengan tujuan untuk membantu rakan saya yang mencari rezeki. sebaik saja turun kereta kami terus dijemput untuk menjamu selera....apa yang dijamu? apa lagi kalau bukan raja buah...durian...kan sama tajuk 2..hehehe..

kami berlima tanpa berlengah terus memakan hampir 7 biji buah durian...banyakkan..selepas saja habis kami terus membantu apa yang patut di kedai jal durian yang dimiliki oleh pak su..setelah penat membantu, kami makan malam dengan satu hidangan yang saya kira agak istimewa iaitu nasi goreng jawa...agak menarik la jugak...lepas itu, solat maghrib berjemaah dan terus makan durian untuk pusingan kedua. hampir 4 biji gak...hehehe...sudah 11 biji dah...ini dah kira melantak sebenarnya...

selain daripada makan durian secara percuma, saya juga sempat menambah ilmu...ilmu ini bukan ada dalam buku pengajian, tetaoi penuh berilmu iaitu saya mengenali beberapa jenis buah durian. Contohnya, D2, 101, durian ikan emas, durian air bunga, durian baka @ siam, durian hantu dan sebagainya..agak menarik juga apabila tahu jenis-jenis ini...sebab sebelum itu saya ingat durian ini sama jenis je..tapi pelbagai..yang paling sedap adal D2..

Ilmu kedua yang saya dapat kat lepar adalah bagaimana untuk menyejukkan balik badan setelah makan buah durian. mengikut petua orang dulu-dulu adalah kita minum air masak menggunakkan kulit durian itu sendiri..mulanya agak tidak percaya..tapi setelah cuba ada kesannya...

dan sekarang masih lagi berbau durian..hahaha...

ok...kalau siapa yang nak tengok durian mini.boleh datang tengok kat bilik..kerana saya buat...comel gak durian mini ni.,..hehe

jumpa lagi

wassalam



..::TINTA MUJADID::..

1 comments:

nurulfzz said...

durian mini?cmne bntuk die tu nabil?hehe
papepon,thniah sbb dpt further study kat ump trcinta nih:)