Tuesday 9 June 2009

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum semua....

Hari Ahad yang lalu...seawal jam 9 pagi, ku bangun untuk menjalankan aktiviti bersama kawan-kawanku. Namun, terbantut seketika apabila melihat hujan yang turun dikala pagi itu. aku tetap berfikir positif dengan mengatakan hujan itu rahmat...

Waktu telah memasuki waktu zohor, aku bersama kawan sebilikku menunaikan solat zohor berjemaah sementara menunggu kawan-kawanku yang lain bersiap..Jam 2 petang kami memulakan perjalanan aktiviti kami dengan menghadiri kenduri anak mak cik kafe dekat kampung sri fajar...setelah menjamu selera yang bertambah-tambah, kami meneruskan perjalanan kami...

Kami bermula dari rumah kenduri menuju ke hutan lipur berkelah...disebabkan hanya saya sahaja yang pernah sampai disana...maka kami bergerak secara beramai-ramai.. setelah sampai dipersimpangan masuk ke berkelah...kami bergerak agak perlahan kerana jalan yang agak terus, namun malang tidak berbau apabila kawan saya tiba-tiba terjatuh motor akibat terlanggar lubang..nasib menyebelahi dia kerana hanya cedera ringan sahaja....


perjalanan yang memakan masa hampir satu jam itu akhirnya berbaloi apabila kami sampai dikawasan tersebut...setelah memarkir kenderaan masing-masing, kami terus jungle trekking untuk kekawasan air terjun yang atas...berpeluh-peluh kami dibuatnya, dek kerana terlalu tinggi untuk didaki..namun semangat mengatasi segala-galanya...setelah itu, kami sampai ke tempat yang dituju...tanpa melengahkan masa, kami terus terjun untuk menyejukkan badan, namun...kawan-kawan saya yang lain menyampaikan niat mereka bahawa mereka ingin mencari tempat lain kerana mereka agak tidak mahir untuk berenang, dan menyebabkan hanya saya, afiq (cloud) dan fuady sahaja yang mandi dikawasan itu...

menjelang jam 5 petang, saya bertanya kepada fuady dimana untuk kita solat asar, beliau menjawab diatas ada kawasan lapang untuk solat..jadi kami solat dengan pakaian yang kami mandi...setelah itu, kami teruskan dengan mandian kami....jam 6 petang kami terus bersiap untuk pulang dan bergambar seketika...setelah itu kami terus pulang ke gambang...

sedikit gambar untuk dikongsi...






posing dulu....

saya dan cloud

solat kejap...

saya

berat tak??

bergambar kenangan



p/s: adeh...letih jugok nok wat karangan darjah 6...hehehe

..::TINTA MUJADID::..

0 comments: