Monday 29 June 2009

Cabaran....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Apa khabar?? hampir 2 minggu saya tidak kemaskini blog saya...inipun masih lagi terbengkalai kerana tiada internet...sekarang ini pun ada dekat cybercafe lepas baru perbaharui lesen..

Tiada apa yang hendak dikata...Keputusan sudah keluar...tetapi perancngan Allah lagi hebatlah...sekarang ini berada diperantauan.hehehe..perantauan??...mana tu??? jadi perantau ke sekarang??? hahaha..saja bagi suspen sikit...

Walau dimana kita berada pun, berilah sumbangan yang sebaiknya...ye dop?? cuma kepada mereka-mereka yang berkenaan..semoga kita berjumpa lagi...doa2kan selalu ya...

ok...saya minta diri dulu ya...
selamat2...




..::TINTA MUJADID::..

Read More..

Thursday 18 June 2009

Hari-hari terakhir....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Alhamdulillah kita masih lagi sempat bertemu ye...syukur pada Allah. Semua apa khabar?
semoga sihat-sihat belaka...

Hari ini merupakan hari terakhir saya berada disini. Alhamdulillah saya telah menamatkan
pengajian diploma selama 3 tahun di UMP. Dan pelbagai peristiwa dan kejadian yang berlaku,
tetapi saya anggap itu sebagai lumrah kehidupan di alam kampus. Bermula saya di kampus
dengan keadaan yang agak asing dengan saya....biasalah selepas habis SPM terus masuk
Universiti...apa orang putih k
ata...culture shock..hehehe.


kepada kawan-kawan satu kelas, saya mohon maaf sekiranya saya ada buat salah, silap,
terkasar bahasa selama kita kenal selama 3 tahun ini, moga-moga persahabatan kita terus
berkekalan sehingga akhir hayat


kawan- kawan DCS

manakala kepada sahabat-sahabat perjuangan sekalian, saya juga mohon maaf sekiranya ada
terkasar bahasa, terkasar tindakan dan sebagainya, bersama kalian adalah satu kebahagiaan
kepada diri saya sepanjang 6 semester ini. Selamat berjuang.



dan juga kepada yang mengenali diri ini, mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...


itu sajalah pagi pada pagi ini...saya nak mengemas sikit...
semoga berjumpa lagi....


wassalam.



..::TINTA MUJADID::..

Read More..

Tuesday 9 June 2009

Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum semua....

Hari Ahad yang lalu...seawal jam 9 pagi, ku bangun untuk menjalankan aktiviti bersama kawan-kawanku. Namun, terbantut seketika apabila melihat hujan yang turun dikala pagi itu. aku tetap berfikir positif dengan mengatakan hujan itu rahmat...

Waktu telah memasuki waktu zohor, aku bersama kawan sebilikku menunaikan solat zohor berjemaah sementara menunggu kawan-kawanku yang lain bersiap..Jam 2 petang kami memulakan perjalanan aktiviti kami dengan menghadiri kenduri anak mak cik kafe dekat kampung sri fajar...setelah menjamu selera yang bertambah-tambah, kami meneruskan perjalanan kami...

Kami bermula dari rumah kenduri menuju ke hutan lipur berkelah...disebabkan hanya saya sahaja yang pernah sampai disana...maka kami bergerak secara beramai-ramai.. setelah sampai dipersimpangan masuk ke berkelah...kami bergerak agak perlahan kerana jalan yang agak terus, namun malang tidak berbau apabila kawan saya tiba-tiba terjatuh motor akibat terlanggar lubang..nasib menyebelahi dia kerana hanya cedera ringan sahaja....


perjalanan yang memakan masa hampir satu jam itu akhirnya berbaloi apabila kami sampai dikawasan tersebut...setelah memarkir kenderaan masing-masing, kami terus jungle trekking untuk kekawasan air terjun yang atas...berpeluh-peluh kami dibuatnya, dek kerana terlalu tinggi untuk didaki..namun semangat mengatasi segala-galanya...setelah itu, kami sampai ke tempat yang dituju...tanpa melengahkan masa, kami terus terjun untuk menyejukkan badan, namun...kawan-kawan saya yang lain menyampaikan niat mereka bahawa mereka ingin mencari tempat lain kerana mereka agak tidak mahir untuk berenang, dan menyebabkan hanya saya, afiq (cloud) dan fuady sahaja yang mandi dikawasan itu...

menjelang jam 5 petang, saya bertanya kepada fuady dimana untuk kita solat asar, beliau menjawab diatas ada kawasan lapang untuk solat..jadi kami solat dengan pakaian yang kami mandi...setelah itu, kami teruskan dengan mandian kami....jam 6 petang kami terus bersiap untuk pulang dan bergambar seketika...setelah itu kami terus pulang ke gambang...

sedikit gambar untuk dikongsi...






posing dulu....

saya dan cloud

solat kejap...

saya

berat tak??

bergambar kenangan



p/s: adeh...letih jugok nok wat karangan darjah 6...hehehe

..::TINTA MUJADID::..

Read More..

Monday 8 June 2009

MIMPI SEORANG GADIS

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

Jika perlu MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.

Jika perlu MENANGIS, menangislah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG.

Jika perlu PATUH, patuhlah.. tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA.


Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH.

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT.

Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT.

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah... asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya.

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya..

Bersederhanalah... dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..
· Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
· Orang yang terlalu kuat.. kadang- kadang apabila lemah terus tidak berdaya..

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta.
Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia.
Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri.

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya.. bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.."

Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil....

Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhanalah... adalah jawapan kepada segala-galanya




..::TINTA MUJADID::..

Read More..

Sunday 7 June 2009

DSE VS ASP & ACP

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Terima kasih saya ucapkan pada semua tetamu yang sudi hadir walaupun blog ini lama tidak update..(hehehe).. biasalah,nak buat macam mana , tengah tiada idea… dan ingat nak update selepas tamat kursus, tapi ada benda yang menarik nak dikongsi…

Pada malam semalam, 6 Jun 2009 dekat stadium Stanford bridge, futsal arena, saya bersama rakan-rakan sekelas dan trainer kursus telah bermain futsal….sungguh menarik, kerana sambil main, sambil gelak-gelak….sambil gelak-gelak, sambil main…huh??? Pening dah…hehehe… kami mula main pukul 12 sampai pukul 1..

Games ini disertai juga oleh Trainer-trainer yang lain iaitu trainer Adobe..ms Cathy dan laki (x ingat nama) dan juga staff dari prestariang..

Jadi nak kongsi la sedikit pasal malam semalam…..tp gambar je la…..kalau nak baca berita…baca kat blog ini.. http://syarmil.wordpress.com/





perlawanan kedua...yang pertama lupa ambil





Sir Barra, trainer DSE



team DSE



Sir Barra, saya dan en Aman(staff merangkap student)


berehat selapas penat bermain

ini jelah yang nak dikongsi.....lepas kongsi benda lain lak..iaitu cuti-cuti hutan lipur berkelah....hehehe..

Wassalam..
..::TINTA MUJADID::..

Read More..