Monday 19 November 2007

Ada apa dengan senyum..

"Senyum seindah suria,
Yang membawa cahya,
Senyumlah dari hati,
Duniamu berseri.

Senyum umpama titian,
Dalam kehidupan,
Kau tersenyum ku tersenyum,
Kemesraan menguntum.

Senyum... kepada semua,
Senyumanmu amatlah bermakna,
Senyum... membahagiakan,
Dengan senyuman terjalinlah ikatan...

Mengapa tiba-tiba hari ini saya menulis tentang senyum? Apa kaitannya antara senyum dengan kepemimpinan? Apa hubungkait antara senyum dan komunikasi?


Bayangkan seseorang yang anda geruni sedang menuju pada anda dan tiba-tiba bila dia menghampiri anda, dia memberi salam dan tersenyum. Apa perasaan anda? Lega, gembira, rasa dihargai dan ingin berkomunikasi lanjut.

Bandingkan orang sama yang anda geruni tiba-tiba menghampiri anda dan memberi salam tetapi dengan wajah masam, bengis dan bengang! Perasaan biasanya rasa bertambah gerun, gugup dan mungkin turut rasa bengang! Malah anda akan rasa sukar untuk berkomunikasi dengannya.

Justeru, sebagai pemimpin... anda harus membiasakan diri anda dengan senyuman. Maka anda akan menjadi orang yang easy going, senang didekati, inclusive dan mempunyai ramai kawan. Bila semakin ramai kawan maka anda berjaya membentuk sebuah empayar persahabatan dan bila ia berlaku, anda akan dapati anda semakin berkuasa. Berkuasa bukan secara individu tetapi secara berpasukan.

Teknik Senyum

Maka di sini saya cuba berkongsi dengan anda teknik bagaimana untuk senyum. Mungkin anda akan tergelak kerana memikirkan anda sudah biasa senyum maka apa perlunya anda belajar senyum? Haaa... pernahkah anda melihat gambar anda senyum tak menjadi? Anda fikir anda dah senyum, tetapi bila anda lihat semula gambar anda... anda tak puas hati. Untuk mengatasi masalah itu, mungkin tips di bawah boleh membantu;

1. Panjang bibir mulut
2. Angkat otot pipi
3. Serlahkan gigi anda (tips tambahan dari buku Executive Charisma)

Anda boleh cuba di hadapan cermin atau di hadapan rakan anda. Percayalah, jika anda murahkan senyuman, kehidupan anda akan terus ceria.

P.S: Teringat pesan Nabi Muhammad bahawa senyuman itu sedekah.

0 comments: