Wednesday 28 November 2007

Kekuatan Sedekah

Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad,
seperti berikut :

Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah
menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata
bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka
bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat
daripada gunung ?"

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh
menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau
sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu
yang lebih kuat daripada besi ?"

Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun
boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"

Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (api membara sedahsyat
apapun niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin"
(air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan
menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan
angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam
penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, "Ada, iaitu
amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara
tangan kirinya tidak mengetahuinya ".

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya
adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga
sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur
menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya
ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai
segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan
seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya"

Read More..

Tuesday 27 November 2007

Jaga kecantikan


1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Read More..

Sunday 25 November 2007

Urus organisasi??

Bagaimana mereka mendefinisikan Pengurusan Organisasi;

Muhammad A.A. Buraey (Pengurusan Islam); "Menyelaraskan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain."

Robin, Stephen, Coulter, Mary (Management); “The process of coordinating and integrating work activities so that their work activities completed efficiency and effectively with and through other people.”

Yusof Ismail (Mengurus Secara Islam); “MPI (Model pengurusan Islam) dibina berdasarkan prinsip utama Islam. Unsur terpenting ialah Aqidah Tauhid dan Iman. Aqidah Islam akan menentukan matlamat organisasi, perhubungan antara majikan dan pekerja serta lain-lain.”

Bagi memudahkan, apakata saya tentang pengurusan organisasi, 5 substance utama ialah;

1. Pengagihan tugas
2. Penyelarasan gerak kerja
3. Membabitkan tenaga sekumpulan manusia
4. Untuk mencapai matlamat kumpulan tersebut
5. Mendapatkan hasil yang produktif dan efektif

Read More..

Friday 23 November 2007

Magnetic dlm berbual

Adakalanya orang beranggapan bahawa berbual-bual tidak memberi sebarang manfaat. Jika anda berfikiran begitu, anda silap kerana berbual-bual ada teknik dan kemahirannya.

Idea anda sering diperkecilkan? Bagaimana untuk bercakap dengan berkesan? Tidak dapat mengendalikan sesuatu dengan cekap dan berkesan? Perhatikan tip di bawah

  1. Mulakan dengan niat yang baik.
  2. Pilih masa dan tempat yang sesuai.
  3. Apakah matlamat dan rancang isi komunikasi
  4. Tetapkan hubungan mata.
  5. Mimik muka yang responsif.
  6. Jadi pendengar yang baik.
  7. Jangan bersikap pasif.
  8. Jangan terlalu formal.
  9. Rumuskan kesimpulan dan persetujuan bersama.
  10. Jangan lupa untuk cuba mengingati nama orang yang anda bercakap.

Di dalam agama Islam, tiada manusia yang lebih baik selain daripada para Nabi. Dalam al-Quran, Firaun merupakan raja yang sangat angkuh, zalim dan tidak berperikemanusian. Tetapi Allah tetap menyuruh Nabi Musa pergi berjumpa Firaun dan berbicara dengan bahasa yang baik. Kalau begitu, bagaimana pula dengan kita? Seorang insan biasa berbicara dengan orang yang tidak sekejam Firaun? Bolehkah kita berbicara dengan baik?

Read More..

cermin diri.....

Sabda Rasulullah S.A.W:
Apabila kamu melihat kemungkaran, maka cegahlahnya dengan dengan tangan (kuasa), jika kamu tidak berdaya, maka cegahlahnya pula dengan lidah, jikalau itu juga kamu tidak berdaya, maka cegahlahnya dengan hati, dah demikian itulah selemah-lemah iman.

Sabda Rasulullah S.A.W: Seorang yang beriman itu adalah cermin bagi saudaranya.


Jika dilihat sifat-sifat cermin , masyaALLAH, memang mendalam sungguh hadis rasulullah. Antara sifat-sifat cermin ialah;

1. Senyap, cermin hanya akan memberi reflection tanpa berkata apa-apa. Begitulah juga kita, untuk menegur, perlulah menegur secara hikmah, baik bukannya dengan cara memaki hamun, mengata, mengumpat dan sebagainya.

2. Selepas cermin itu memberi reflectionnya, jika kita tinggalkan cermin tersebut, keburukan yang terserlah, hanya diberitahu semasa kita berhadapan dengan cermin. Cermin tidak akan meninggalkan kesan-kesan yang buruk selepas kita beredar dari cermin tersebut. Begitulah juga dengan kita, setelah memberi teguran kepada saudara kita, haruslah kita melupakan terus keburukan mereka. Biarkan ia berlalu.

3. Cermin akan memberi reflectionnya sepanjang masa, tidak kiralah bila-bila masa kita ke cermin tersebut, pasti cermin tersebut akan menjalankan tugasnya. Dari jam 12 tengahmalam hinggalah ke tengahari. 24 jam. Begitulah juga orang beriman akan melakukan tugasnya untuk mencegah kemungkaran 24 jam sehari semalam.

4. Cermin bukan sahaja memberikan reflection yang buruk, ia juga memberikan gambaran kecantikan kepada sesiapa yang berada dihadapannya. Maka begitulah juga umat islam, kita mestilah melahirkan rasa kagum dan bersyukur jika ada dikalangan saudara kita yang melakukan perkara baik.

5. Jika kita memecahkan cermin, serpihan-serpihan cermin itu masih ,memberikan reflectionnya kepada kita. Begitulah juga orang beriman, biarpun dimaki hamun, dizalimi, tetapi tetap juga akan memberikan sumbangan untuk mencegah kemungkaran selagi mana ianya benar.



Read More..

Monday 19 November 2007

Ada apa dengan senyum..

"Senyum seindah suria,
Yang membawa cahya,
Senyumlah dari hati,
Duniamu berseri.

Senyum umpama titian,
Dalam kehidupan,
Kau tersenyum ku tersenyum,
Kemesraan menguntum.

Senyum... kepada semua,
Senyumanmu amatlah bermakna,
Senyum... membahagiakan,
Dengan senyuman terjalinlah ikatan...

Mengapa tiba-tiba hari ini saya menulis tentang senyum? Apa kaitannya antara senyum dengan kepemimpinan? Apa hubungkait antara senyum dan komunikasi?


Bayangkan seseorang yang anda geruni sedang menuju pada anda dan tiba-tiba bila dia menghampiri anda, dia memberi salam dan tersenyum. Apa perasaan anda? Lega, gembira, rasa dihargai dan ingin berkomunikasi lanjut.

Bandingkan orang sama yang anda geruni tiba-tiba menghampiri anda dan memberi salam tetapi dengan wajah masam, bengis dan bengang! Perasaan biasanya rasa bertambah gerun, gugup dan mungkin turut rasa bengang! Malah anda akan rasa sukar untuk berkomunikasi dengannya.

Justeru, sebagai pemimpin... anda harus membiasakan diri anda dengan senyuman. Maka anda akan menjadi orang yang easy going, senang didekati, inclusive dan mempunyai ramai kawan. Bila semakin ramai kawan maka anda berjaya membentuk sebuah empayar persahabatan dan bila ia berlaku, anda akan dapati anda semakin berkuasa. Berkuasa bukan secara individu tetapi secara berpasukan.

Teknik Senyum

Maka di sini saya cuba berkongsi dengan anda teknik bagaimana untuk senyum. Mungkin anda akan tergelak kerana memikirkan anda sudah biasa senyum maka apa perlunya anda belajar senyum? Haaa... pernahkah anda melihat gambar anda senyum tak menjadi? Anda fikir anda dah senyum, tetapi bila anda lihat semula gambar anda... anda tak puas hati. Untuk mengatasi masalah itu, mungkin tips di bawah boleh membantu;

1. Panjang bibir mulut
2. Angkat otot pipi
3. Serlahkan gigi anda (tips tambahan dari buku Executive Charisma)

Anda boleh cuba di hadapan cermin atau di hadapan rakan anda. Percayalah, jika anda murahkan senyuman, kehidupan anda akan terus ceria.

P.S: Teringat pesan Nabi Muhammad bahawa senyuman itu sedekah.

Read More..

Kata Renungan...

" Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan.
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah.
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum,
kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah."

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan"

Read More..

Thursday 15 November 2007

MPP UMP 07/08

Read More..

Wednesday 14 November 2007

Ya Allah...


Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui jihad dan syahid di jalanMu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindui syurgaMu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga terlupa pada kasihMu yang hakiki dan abadi.

Read More..

Tuesday 13 November 2007

Exam???

1. Amalkan membaca surah An-Nasr 10 kali pada alatulis sbelum jawab exam.
2. Bacalah surah Al-Isra' ayat 80 apabila masuk dewan peperiksaan.
3. Sbelum study, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 sebyk 10 kali , insyaAllah mudah faham
4. Untuk menguatkan daya ingatan, minumlah air bacaan surah Al-Insyirah

cubalah mudah-mudahan dipermudahkan untuk menjawab...


Selamat Menghadapi Peperiksaan...

Read More..

Sunday 11 November 2007

Iman seperti pohon yang mempunyai 7 dahan


  • Dahan yang berpangkal pada hati, buahnya ialah kemahuan kepada yang benar dan sihat.

  • Dahan yang berpangkal pada lidah, buahnya ialah berkata-kata yang benar.

  • Dahan yang berpangkal pada 2 kaki, buahnya ialah suka mendatagi solat berjamaah.

  • Dahan yang berpangkal pada 2 tangan, buahnya ialah sedekah dan derma.

  • Dahan yang berpangkal pada mata, buahnya ialah titisan air mata taubat penyesalan.

  • Dahan yang berpangkal pada perut, buahnya ialah makanan yang halal dan tanpa syubhat.

  • Dahan yang berpangkal pada jiwa, buahnya ialah meninggalkan nafsu syahwat.

Read More..

Saturday 10 November 2007

Sekadar peringatan

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar
.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Read More..

Akhlak ibarat bunga di taman

AKHLAK adalah perkara penting selepas iman. Setiap orang akan dinilai berdasarkan budi pekertinya (akhlak). Jika baik akhlaknya, maka dia akan dianggap baik. Jika buruk akhlaknya meskipun ada melakukan kebajikan, tetap tidak akan dinilai.

Oleh itu, orang yang mempunyai akhlak mulia akan dipandang mulia di sisi Allah. Contoh, akhlak mulia adalah akhlak Rasulullah. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia." (Surah al-Qalam, ayat 4).

Akhlak yang baik hendaklah dipupuk dan dipelihara hingga sebati dengan diri kita. Hal ini bagi membolehkan kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Dalam kehidupan manusia, akhlak dapat diibaratkan seperti bunga dalam sebuah taman. Bagaimana luas dan indahnya sebuah taman kalau tidak dihiasi dengan bunga-bungaan, maka taman itu tidak jauh bezanya dengan tanah perkuburan.

Seseorang yang mempunyai badan sihat, gagah, tampan, menarik, berilmu, kaya atau berpangkat, kalau mempunyai akhlak buruk dan perangai jahat, tidak ubah seperti muka yang cantik, tetapi mempunyai kesan guris luka berpanjangan.

Akhlak mulia atau hina terbit daripada jiwa atau hati. Jiwa seseorang itu saja yang akan menjadi pendorong menggerakkan perbuatan yang baik atau tercela.

Dengan mempunyai akhlak baik dan sempurna pada diri seseorang, maka dapatlah kita melahirkan sebuah masyarakat dan bangsa gemilang, terbilang dan cemerlang.

Hal ini kerana bangsa yang diasaskan dengan akhlak mulia saja akan dipandang mulia, bahkan boleh mengangkat martabat sesebuah bangsa ke tingkat paling tinggi antara ummah.

Di sinilah terbentuknya masyarakat madani yang mempunyai nilai positif dan mahmudah (terpuji). Setiap pekerjaan, pergaulan, perbuatan, hubungan individu, masyarakat, antarabangsa, kekeluargaan dan negara dijalin atas kesempurnaan akhlak.

Secara tidak langsung ia akan mewujudkan sebuah peradaban luhur bercirikan akhlak kemanusiaan sejagat dan tunduk atas kekuasaan Allah. Tanpa akhlak, manusia akan berbuat sesuka hatinya tidak mengira sama ada dilarang oleh Allah atau melanggar tata susila dan maruah mereka.

Masalah sosial yang semakin kritikal dan kronik dalam masyarakat, terutama golongan remaja pada masa kini disebabkan oleh budaya akhlak yang kian merosot.

Mereka mudah terpengaruh dengan budaya kehidupan Barat yang memang sudah runtuh nilai akhlaknya.

Ajaran Islam tidak pernah menyekat kebebasan dalam melakukan kegiatan kehidupan, tetapi hendaklah melalui batas yang ditentukan oleh syariat.

Segala yang dilarang oleh Allah swt mempunyai hikmah yang besar.

Isu keruntuhan akhlak bukanlah suatu perkara yang baru dalam masyarakat kita. Namun apa yang diharapkan adalah kepekaan dan usaha bersungguh-sungguh pada diri individu dan masyarakat dalam menangani masalah generasi muda.

Langkah yang perlu kita lakukan adalah berusaha mencari penawar kepada penyakit sosial untuk memulihkan sindrom yang menyerang generasi muda pada zaman ini.

Salah satu cara terbaik adalah pembudayaan akhlak dalam kehidupan seharian.

Keperibadian yang disulami dengan keimanan dan akhlak akan menerbitkan pekerti mulia dan menjamin kerukunan dan kesejahteraan sebuah masyarakat, negara dan antarabangsa.

Read More..

pentingnya blog...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dalam zaman serba canggih ini, ramai dari kalangan kita telah membina blog tersendiri.. begitulah juga dengan saya..

walaubagaimanapun, saya akan menjadikan blog saya ini adalah blog yang memberi input yang berguna kepada anda...

semoga semua dapat input dan dapat mengeluarkan output yang positif...

Read More..